Selasa, 5 Februari 2013

Perasaan Dikala Sepi

tiada erti lagi apa yang dirasa,
tiada erti lagi apa di hati,
tiada erti lagi pengakuan kata.
tiada erti lagi diri ini..

Ya Allah, aku sakit,
Engkau penyembuh,
aku berdukacita,
Engkau memberi kegembiraan,
aku xberdaya,
Engkau Maha Kuasa..

aku cuma manusia,
keputusan ku tidak benar belaka,
namun xsemestinya salah semua,
aku cuma ingin luah apa yang kurasa,
namun aku tidak mampu dengan kata-kata,
maka aku bicara melalui tindakan,
supaya mereka faham aku tertekan,
dengan segala apa yang menimpa,
yang mungkin mereka semua tidak pernah rasa..

kerana cinta, aku tidak mampu untuk marah,
melainkan semua ku pendam,
aku tidak mampu untuk mengherdik,
melainkan cuma dengan message,
aku tidak mampu menegur salah, 
kerana bimbang aku yang tersalah..

Akhirnya aku pergi untuk menunjukkan aku sedih,
bukan pergi kerna benci atau tiada sayang lagi,
sekadar gimik supaya dia fikir tentang hati ini,
supaya ia bertanya mengapa begitu dan begini,
tapi tidak, ia tidak bertanya tentang diri ku lagi,
aku rasa diri ini tak lagi dihargai,
mungkin telah hilang segala sayangnya dihati..

aku cuma manusia biasa, 
pada Allah ku serahkan urusan ku,
kuasa-Nya menguasai kuasa ku,
kehendak-Nya menguasai kehendak ku,
takdir-Nya menguasai perjalanan hidup dan mati ku..

Peringatan: ini cuma yang sesuatu bermain di hatiku, jan terlalu percaya dengan kata-kata, silap nanti binasa. dan nak aku tegaskan, ini blog aku, hanya ini tempat ku luah segala rasa, kerna aku tidak pernah luahkan pada manusia, kecuali seorang yang pernah menjadi sebahagian dr ku..yang cukup kenal diriku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan