Sabtu, 9 Februari 2013

aku cuma sebuah boneka yang berjalan dibawah permainan takdir Illahi..

aku tahu aku tidak layak meminta, kerana aku cuma sekadar hamba,
aku tahu adakala apa yang aku inginkan xsemestinya baik utk ku,
aku tahu apa yang aku rancang, xsemestinya akan menjadi seperti dirancang,
aku tahu aku mampu sembunyikan perasaanku dari setiap orang, tp tidak pada Tuhanku..
dan aku amat2 mengetahui bahawa Allah telah sempurnakan takdir utk ku ketika aku masih dikandung ibuku..

adakala ujian itu membuatkan ku rasa putus asa,
adakala ujian itu membuatkan aku rasa kecewa,
hati ini, aku tidak mengerti,
kadang2 bersedih tanpa sebab yang pasti,
kadang2 rasa hinanya diri dihadapan Rabbi,
namun kadang2 ego menguasaiku,
sombong dan angkuh menjadi tuanku,
bahkan adakalanya umpat dan caci menari2 di bibirku
lebih teruk bila yang lain terasa hina kecuali diriku..

Ya Allah, ampuni hamba-Mu
aku tidak lebih dari seorang hamba, hamba yang hina, hamba yang lemah, hamba yang keji, hamba yang fakir, hamba yang tiada daya upaya..
Engkau lah Ya Rabbi,
Tuhan yang Esa,
yang suci dari segala yang hina,
ampuni segala dosa ku..
segala perbuatanku,
sebelum ketetapan ajal-Mu menjemputku..


Peringatan: Aku hanya sekadar hamba, berkelana di tempat persinggahan ini (dunia), dan akan kembali ke sisi Robbi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan