Selepas solat zohor, dok lepak luar dengan sayang ku (seekor ayam ja, org da xsudi..hehee)..lps 2 pg ke rumah kawan dok tngok pnglima dok mngacau umah..lepas beres 2 (beres tgok ja..hehe), aku pown g lepak kedai mamak tpi sempang jalan dengan sahabat ku..kami pown berbual seperti kebanyakkan org, bukan macam lembu ya..tiba2 satu soalan ditanya hingga membuatkan aku berfikir panjang..
solannya berbunyi "andainya engkau sayang kepada seseorang, dan org itu pula mempunyai pilihan diantara engkau dan seorang yang lebih baik dari engkau, apa yang akan kau lakukan..memperjuangkan cinta itu atau lepaskan,.? orang lelaki suruh ku lepaskan, orang perempuan suruh ku perjuangkan.."
aku tidak menjawab..aku juga manusia, masih belum berumah tangga, dan aku juga tidak boleh elak dari masalah cinta fitrah, namun hari ini Allah bukakan hatiku melalui pertanyaan seorang sahabatku, Alhamdulillah..tenang jiwa ku, segala puji bagi Allah yang menenteramkan sekalian hati..
aku tetap tidak menjawab tetapi aku bertanya pada nya "andainya engkau mempunyai pilihan, apakah engkau ingin bakal isteri mu orang yang hebat namun tidak boleh dididik, atau orang biasa yang minta utk dididik..?"
maka katanya aku mau yang blh dididik. jadi aku mengatakan perbaiki dulu dirimu, soal jodoh itu Allah tentukan, apa yang Allah tentukan itu pasti baik untuk kita walaupun pada zahirnya buruk, tp pd batinnya baik, jangan pada zahirnya baik tapi pada batinnya buruk..
lalu aku menyatakan padanya lagi, ulamak sufi pernah berpesan, "bermula dunia sedikit dari segala yang sedikit, manusia yang asyik dengan dunia adalah terhina dari segala yang terhina"..percaya atau tidak, nikmat yang Allah taburkan didunia ini cuma sedikit saja berbanding dengan nikmat diakhirat kelak, tp ramai yang tertipu, ramai yang cinta dunia, ramai yang sanggup kufur utk kenikmatan dunia, ramai yang sanggup berbunuhan demi harta, ramai yang sanggup sihir menyihir demi kepuasan nafsu syaitan sendiri, ramai yang sanggup menzalimi demi nama dan pangkat..
Ingat pesanku. biar orang pandang kita hina, jahil, selekeh, xpe..xde ape2..janji hubungan kita dengan Allah tidak putus.. seorang budak pernah berpesan padaku, bukan ulama, bukan ustaz, cuma seorang budak, katanya "biar kita kafir pada pandangan orang, jan kita kafir pada pandangan Allah..kafir pada pandangan manusia tidak bawa kita masuk neraka, kafir kita pada Allah neraka jahanam untuk kita selama-lamanya, Nauzubillahiminzalik..mintak jauh dari kita semua..Islam pada pandangan manusia tidak bawa kita ke syurga, islam pada Allah, memberi kita harapan, pintu syurga terbuka menunggu kita..In Shaa Allah..
aku tidak memberinya jawapan samaada perlu terus usaha atau tinggalkan saja, cuma aku berharap agar dia bertawakal kepada Allah, serahkan segala urusan kepada Allah..yakinlah, Allah itu Maha Kasih pada hamba-Nya, Dia tidak akan menzalimi hamba yang berharap pada-Nya..
lalu aku pulang, dan muhasabah diri, sungguh Allah pertemukan jodoh ini, dan hikmahnya aku dapat redo dan menyerahkan segala urusan pada-Nya..In Shaa Allah..
Peringatan: aku cuma manusia biasa tak boleh lari dari dosa, kerana nafsu dan syaitan tidak pernah membawaku kepada kebaikan dan kebenaran..Semoga Allah sentiasa mengilhamkan aku kebaikan, dan sentiasa menjaga ku dari maksiat.. Segala Puji bagi Allah yang Maha Kasih pada sekalian makhluk-Nya..Amin Ya Rabbi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan