cinta kepada Allah adalah sebenar cinta, apabila kamu miliki cinta itu, janganlah kamu harapkan hadirnya cinta yang lain, kerana cinta yang lain itu hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan cinta kepada-Nya.. cinta kepada Allah memberikan kenikmatan yang tidak pernah putus, ini kerana orang yang asyik dengan Allah tidak akan terkesan lagi dengan dunia ini.. Cinta Allah adalah cinta hakiki, itu adalah sebenar-benar cinta, kerana Dia adalah Pencipta cinta, Dia Pemilik cinta, Dia Pemberi cinta, Dia juga mampu menghapuskan cinta, segala cinta dibawah kuasanya.
cubalah rasa cinta itu, pasti kalian akan mengerti betapa indahnya cinta akan-Nya, kerana cinta pada-Nya tidak pernah membuatkan kalian kecewa, tidak pernah membuatkan kalian rasa putus asa, tidak pernah mengguris hati kalian..
Cinta pada-Nya membuatkan kalian tidak berbangga bila dipuji, tidak kecewa bila dihina.. Ia juga membuat anda rasa sangat dekat pada-Nya, dekat-Nya tidak bersentuh, jauh-Nya tidak berjarak.. Ia sentiasa bersama kalian dimana sahaja kalian berada, ketika kalian terasa sunyi, ketika kalian rasa disisih pergi, ketika kalian tiada teman disisi, kalian akan merasai, cukup Allah menemani, cubalah mencari cinta Illahi, andai kalian dapat memiliki, beruntunglah kalian. Ia membuatkan kalian "kaya" dalam miskin, kalian rasa "mulia" dalam hina, kalian rasa "tenang" bila menyendiri, kalian akan merasai nikmat seolah-olah didalam syurga, kerana tiada apa yang sakit didalam cinta Illahi..
Peringatan: sesiapa yang belum perolehi cinta Illahi, berusahalah, sesiapa yang telah memilikinya jangan sampai cintah fitrahmu mengatasi cinta Illahi, kerana kamu pasti akan menyesal.. "Barang siapa yang tidak merasai, maka dia tidak akan mengetahui"..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan