"Wahai manusia,
dengarlah baik-baik apa yang
hendak kukatakan, Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat
bertemu lagi dengan kamu semua
selepas tahun ini. Oleh itu
dengarlah dengan telti kata-
kataku ini dan sampaikanlah ia
kepada orang-orang yang tidak
dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana
kamu menganggap bulan ini dan
Kota ini sebagai suci, maka
anggaplah jiwa dan harta setiap
orang Muslim sebagai amanah
suci.Kembalikan harta yang
diamanahkan kepada kamu
kepada pemiliknya yang
berhak.Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain tidak
menyakiti kami lagi. Ingatlah
bahawa sesungguhnya, kamu
akan menemui Tuhan kamu dan
Dia pasti membuat perhitungan
diatas segala amalan kamu. Allah
telah mengharamkan riba, oleh
itu segala urusan yang
melibatkan riba dibatalkan
sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan
demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam
perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikuti dalam perkara-
perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana
kamu mempunyai hak atas isteri
kamu mereka juga mempunyai
hak di atas kamu. Sekiranya
mereka menyempurnakan hak
mereka keatas kamu, maka
mereka, juga berhak untuk
diberi makan dan pakaian dalam
Susana kasih sayang. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik
dan berlemah-lembutlah
terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah
teman dan pembantu kamu yang
setia. Dan hak kamu atas mereka
ialah mereka sama sekali tidak
boleh memasukkan orang yang
kamu tidak sukai kedalam rumah
kamu dan dilarang melakukan
zina.
Wahai Manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-
kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah sembahyang lima kali
sehari, berpuasalah di bulan
Ramadhan, dan tunaikankanlah
zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya
kamu mampu. Ketahui bahawa
setiap Muslim adalah saudara
kepada Muslim yang lain. Kamu
semua adalah sama; tidak
seorang pun yang lebih mulia dari
yang lainnya kecuali dalam Taqwa
dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan
menghadap Allah pada suatu hari
untuk dipertanggung jawabkan
diatas segala apa yang telah
kamu kerjakan. Oleh itu ,
Awasilah agar jangan sekali-kali
kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi
Nabi atau Rasul yang akan
datang selepasku dan tidak akan
ada lain agama baru. Oleh itu
wahai manusia, nilailah dengan
betul dan fahamilah kata-kataku
yang telah aku sampaikan
kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua
perkara yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti
kedua-duanya, necaya kamu
tidak akan tersesat selama-
lamanya. Itulah ALQURAN dan
SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku,
menyampaikan pula kepada
orang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari
mereka yang terus mendengar
dariku. Saksikanlah Ya Allah,
bahawasanya telah aku
sampaikan risalahMu kepada
hamba-hambaMU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan