Ahad, 10 Februari 2013

Allah mengajar ku erti redo..

Aku manusia biasa, tidak terlepas dari cinta fitrah, ini adalah secebis dari ketetapan takdir perjalanan hidup ku, aku amat mencintai seorang wanita yang sangat cntik pada mataku, sangat baik untuk diri ku.. mungkin aku terlebih meninggikan dia di sini, tp itu hakikat apa yang aku rasa, aku sangat mencintainya..

Namun sejak kebelakangan ini hubungan kami renggang. ya, aku akui itu adalah dari ku, dan aku akui ia berpunca dari salah ku..

aku menjalani hari-hariku dalam kesedihan, aku cuba berpaut pada redo ktika aku berputus asa, aku cuba mencapai ikhlas dalam keadaan aku hilang sabar, aku cuba mencari syukur disebalik kekecewaan, dan aku cuba meraih hikmah atas semua yang berlaku.

namun aku tidak mencapai apa yang aku maksudkan, hinggalah suatu ketika, aku termenung bersedih atas apa yang aku alami, aku cuba mencari hikmah, ketika itu Allah memberikan gambaran padaku, didalam gambaran itu aku sedang menaiki moto, lalu aku dirempuh sebuah kereta, tubuh ku tiada apa-apa namun moto ku hancur, lalu ada suara bertanya, "apa kamu mau buat tika ini..?" lalu aku jawab, "xpa, aku redo dengan apa yang Allah takdirkan untuk ku" lalu suara itu berkata "begitu juga dengan cinta, semua itu Allah takdirkan, maka redolah dengan ketetapan Allah, kerana tiada siapa mampu menghalang apa yang Allah mau tetapkan, dan tiada siapa mampu tetapkan apa yang Allah mau menghalang, janganlah kamu menjadi manusia yang hanya redo pada sebahagian perkara, dan meratapi pada sebahagian perkara, kamu tidak akan bahagia selama-lama nya" lalu aku tersentak dengan kata-kata itu lantas aku beristighfar..

Dan aku sedar, Allah mau mengajar ku erti sabar, erti redo, erti ikhlas, erti syukur, dan Allah mau ajar ku tentang tawakal pada-Nya atas setiap apa yang berlaku.

Benar Ya Allah, aku terlalu asyik dengan cinta fitrah hingga ia mengatasi cintaku pada-Mu,

Ya Allah,
ingat kan aku ketika aku lupa,
pelihara aku ketika aku lalai,
ampunkan aku ketika aku melakukan dosa,
cabutlah dari hatiku segala rasa dukacita..

Peringatan: Jalan untuk mengenal Allah ada banyak, banyaknya adalah sebanyak nafas manusia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan