Pabila Ku Mati
"Nanti, apabila aku mati, mandikanlah aku dengan rasa kasih seperti engkau mandikan bayi yang baru lahir. berikanlah hak kepada yg diutamakan untuk memandikan tubuhku dan tutuplah segala aibku ketika mandi. kafankanlah aku dengan jubahku yg putih dan yg terbaik yg pernah aku pakai. solatkanlah aku dengan 3 baris saf dan sebaik2 mereka yg menjadi imam solat jenazahku adalah warisku atau org2 soleh di kalangan kamu. tanamlah aku di kuburan tempat yang terdekat dengan tempat rohku diambil. letaklah batu sungai sebagai penanda kubur dan bukannya batu nisan, kerana moga aku dapat menumpang rahmat Allah dari zikirnya batu yg hidup itu.
Tanamkanlah pokok kecil di atas kuburku moga aku dapat tumpang rahmat Allah dari zikir dari pokok itu sebelum ia mati. jangan engkau bina bangunan atau perhiasan di atas kuburku. tuangkanlah air pada kuburku setelah selesai aku ditanam, moga tanah2 atas kuburanku akan lebih kemas. apabila menziarahiku, jangan engkau tuang air di atas kuburku selain engkau tuangkan air kepada pokok di atas kuburku itu agar terus hidup berzikir pada Allah. doakanlah kesejahteraan buatku kerana kubur itu suatu tempat tinggal yg menggerunkan bagi semua yg tidak mengetahui nasibnya.
Akhir kata, moga bertemu kita di alam akhirat yg menggerunkan, segala amalan ditunjukkan, segala pekerjaan dihitungkan, dan moga aku dan engkau dipertemukan dengan baginda Nabi s.a.w dan moga kita dapat bersama kembali hidup sejahtera di sana. Wahai Allah, kami berlindung dengan api nerakaMu.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan