Ahad, 24 Februari 2013

Fadilat Istighfar


asslamualaikum dan salam sejahtera… sedikit renungan ditengah malam sebelum tidur sebagai rehat, persediaan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah bermula dengan solat subuh berjemaah. Tajuknya istighfar.

STIGHFAR menjadikan hati lapang..
Dah berapa kali kita beristighfar hari ini? Kita digalakkan istighfar 100x pagi selepas subuh dan 100x selepas asar. Kita juga digalakkan baca istighfar nabi Allah Yunus a.s. semasa dalam perut ikan nun sebanyak 300x sehari. Kenapa ye? Cuba renung-renungkan  hadis dibawah:
Sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam,”Barang siapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kelapangan dari segala kegundahan serta Allah akan memberikan rizki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka.” (HR. Ahmad Abu Daud dan Hakim dia berkata : Shahih sanadnya. )
Seperti yang saya katakan sebelum ini, tidak ada kebijaksanaan yang lebih daripada perancangan yang baik. Kalau kira 1 hari 500x istighfar kita baca. Subhanallah, tapi ada sahabat nabi besar Muhammad s.a.w. yang tidur hanya setelah istighfar 1000x, yang mana beliau ada tali yang mempunyai 1000x simpulan untuk dia beristighfar. Jadi untuk banyak istighfar kita mulakan dengan sedikit tetapi berterusan, contohnya mulakan dengan 10x setiap hari selepas asar dan subuh. Bulan depan tambah lagi 10 maka insyaAllah dalam masa 1 tahun dah dapat istigfar 100x selepas subuh dan 100x selepas asar.
Siapa yang untung, mereka yang mengamalkannya. Semoga dengan saya menulis perkara ini saya dapat taufik hidayah untuk istigamah beristighfar setiap hari. Untuk mendapat taufik dan kekuatan untuk beramal, beberapa perkara perlu kita buat:
  1. Beritahu orang lain/ sampaikan fadhilat istighfar dengan niat supaya saya dapat amal.
  2. Niat untuk beramal dengannya.
  3. Ajak orang lain beristighfar.
  4. Doa supaya Allah beri kita dan orang lain juga untuk istighfar.
Bila selesai buat amal baik, kita istighfar tanda Allah nak terima amal kita, selepas buat keburukan dan kita istighfar, tanda Allah nak ampunkan kita. Semoga perkara ini dapat jadi amalan dan saya dapat berkongsi sunnah-sunnah yang bermanafaat untuk kita amalkan. wassalam.

Peringatan: di dpetik dari blog http://www.salehsalmie.com/islamik-2/bekalan-akhirat/fadhilat-istighfar/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan