Rabu, 27 Februari 2013

KHALIFAH ATAU BABI?!






Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum ikhwah…

Khalifah atau babi?
Kenapa tajuk kali ni agak kasar bunyinya?Sebenarnya tidaklah kasar mana tajuk ini.Mungkin sesetengah daripada kamu menganggap perkataan babi itu tidak sesuai.Mungkin juga.Tapi sebenarnya itu semua adalah daripada ‘mindset’ kita yang telah menyimpan memori bahawa babi itu merupakan seekor binatang yang hina.Oleh sebab itu,segala perkara yang berkaitan dengan babi turut menjadi hina.Lihat betapa rendahnya martabat seekor babi itu,sehinggakan semua perkara yang berkaitan dengan haiwan haram itu walaupun sekadar perkataan turut menjadi hina.

Sebenarnya bukanlah niat saya mahu menghuraikan tentang babi ini dengan lebih lanjut.Tetapi saya ingin berkongsi sedikit bahawa manusia seperti kita boleh menjadi seekor babi.

Manusia seperti saya dan anda semua merupakan satu ciptaan yang menarik.Kita semua adalah sebaik-baik ciptaan.Oleh sebab itulah Allah telah menciptakan utusan-utusannya daripada kalangan kita iaitu daripada golongan manusia.Allah tidak pernah menciptakan nabi ataupun rasul daripada golongan jin mahupun binatang.Allah juga mengangkat lagi darjat manusia dengan menjadikan manusia seperti kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini.Tetapi persoalannya,adakah kita layak untuk mendapat ‘title’ khalifah?Adakah dengan segala perbuatan yang kita lakukan selama ini layak diberi pengiktirafan sebagai khalifah?Adakah ‘level’ kita sudah mencapai ‘level’ seorang khalifah?

Jawapannya adalah ya!Ya jika manusia itu melakukan amal soleh.Ya jika manusia itu melakukan amal makruf nahi munkarYa jika manusia itu masih berpegang pada segala suruhan Al-Kaliq.Ya jika kita masih berpegang pada sunnah-sunnah rasul kita.Ya jika kita masih tahu membezakan antara perkara-perkara yang hak dan batil.



  

Bagaimana pula dengan golongan-golongan yang tidak melakukan semua perkara tersebut?Adakah dia masih dikira sebagai khalifah kerana mereka juga seorang manusia?

Allah berfirman;
dan sesungguhnya kami jadikan isi api neraka jahanam,kebanyakan jin dan manusia,mereka diberikan hati tetapi tidak digunakan untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah).Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang yang lalai”
                                                                                             al-a’raf;179

“perumpamaan orang yang diberi tugas membawa taurat,kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai-keldai yang membawa buku-buku yang tebal…”
                                                                                             al-jumua’h;5

Nah!Allah telah menempelak insan-insan ini sehina-hinanya.Allah telah meletakkan taraf mereka ditempat haiwan ternakan,bahkan labih hina daripada itu.Oleh itu,jawapan bagi soalan itu sudah tentunya tidak.Mana mungkin orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar menjadi khalifah.Mana mungkin orang-orang yang mensia-siakan hidupnya menjadi khalifah.Mana mungkin orang yang tidak mempertahankan agamnya menjadi khalifah melainkan mereka ini bertaubat dan memohon keampunan pada Allah.

Allah telah menyatakan bahawa insan-insan yang tidak menghargai segala pemberiannya dengan menghayati,mndengar dan mengambil tahu tentang agamanya adalah seperti haiwan ternakan,bahkan lebih teruk.Salah satu daripada haiwan ternakan itu ialah babi.Hah?!Adakah mereka sehina itu?Renungkan ikhwah sekalian.

Mari lihat ‘statement’ di bawah;
manusia dilahirkan,babi juga dilahirkan
manusia menyusu,babi juga menyusu
manusia makan,babi juga makan
manusia tidur,babi juga tidur
manusia berkahwin,babi juga berkahwin
manusia memikirkan tentang islam,babi tidak memikirkan tentang islam

Semua perbuatan yang manusia lakukan,babi juga lakukan.Tetapi hanya satu perkara babi tidak pernah lakukan iaitu memikirkan tentang islam.Jadi Orang yang tidak pernah memikirkan tentang agama Islam ini tidak layaklah kita untuk meletakkan tarafnya sebagai seorang khalifah tetapi tarafnya sama seperti seekor babi.

Jadi ikhwah sekalian,yang mana satu anda semua mahukan?
menjadi seorang khalifah atau menjadi seekor babi?
menjadi khalifah yang dicintai fi qalbi atau babi yang sentiasa dikeji?
Renungkan ikhwah sekalian….

Peringatan:  Dipetik dari blog http://www.cintafilqalbi.blogspot.com/2012/06/khalifah-atau-babi.html

Hakikat La ilaha illaLlah


Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala sudut dan dari segala arah mana saja ia menghadap. Ahli Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri.
“Ke mana saja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah” (Al-Qur-an)
“Ke mana saja kamu memandang”, sama ada dengan deria atau akal atau khayalan, maka di situ ada Wajah Allah”. Oleh itu dalam tiap-tiap ain [di mana] ada ain (Zat Ilahi) dan semuanya adalah “La ilaha illalLah” (Tiada Tuhan Melainkan Allah).
Dalam “La ilaha illalLah” semua wujud ada terkandung, iaitu Wujud Semesta Raya dan Wujud secara khusus; atau Wujud atau apa yang dianggap Wujud; atau wujud Hakiki dan Wujud makhluk.
Wujud makhluk tertakluk kepada kepada “La ilaha” yang bererti bahawa segala-galanya kecuali Allah adalah kosong(batil), iaitu dinafikan bukan diisbatkan. Wujud Hakiki termasuk dalam “illaLlah”. Oleh itu semua kejahatan tertakluk di bawah “La ilaha” dan semua yang dipuji tertakluk di bawah “illaLlah”.
Semua wujud terkandung dalam mengisbatkan Keesaan (La ilaha illaLlah) dan anda mesti memasukkkannya juga dalam menamakan hamba yang paling mulia (dalam mengatakan Muhammadun RasuluLlah).
“Muhammadun RasuluLlah” ini mengandungi tiga alam.
1.Muhammad itu menunjukkan Alam Nyata(Alam Nasut); iaitu alam yang boleh dipandang dengan deria(senses).
2.Rasul itu menunjukkan Alam Perintah(Alam Malakut); iaitu Alam batin berkenaan rahsia-rahsia tanggapan yang mujarad; dan ini terletak antara yang muhaddas dengan Yang Qadim.
3.Nama Ilahi(Allah) itu menunjukkan Alam Pertuanan(Alam Jabarut). Lautan darinya terpancar pengertian dan tanggapan.
“Rasul” itu sebenarnya pengantara yang muhaddas dengan Yang Qadim; kerana tanpa dia tidak akan ada wujud, kerana jika yang muhaddas bertemu dengan yang Qadim, maka binasalah yang muhaddas dan tinggallah Yang Qadim.
Apabila Rasul diletakkan pada tempatnya yang wajar pada kedua itu, maka barulah alam ini diperintahkan, kerana pada zhohirnya ia adalah hanyalah seketul tanah liat, tetapi batinnya ia adalah khalifah Allah.
Pendeknya, maksud mengisbatkan Tauhid itu tidaklah sempurna dan tidaklah meliputi tanpa diisbatkan Keesaan atau Tauhid Zat, Sifat dan Lakuan. Pengisbatan itu difahami dari “Muhammadun RasuluLlah”.
Apabila seorang ahli Makrifat berkata “La-ilaha illaLlah” maka ia ketahui pada hakikatnya bukan hanya pada majazi sahaja, iaitu tidak ada jalan lain melainkan Allah. Oleh itu wahai saudaraku, janganlah hanya mengucapkan dengan mulut saja syahadah yang mulia ini, kerana dengan itu mulut sajalah yang akan mendapat manfaatnya. Dan ini bukanlah matlamat yang hendak dituju. Yang pentingnya ialah Mengenal Allah sebagaimana Ia sebenarnya.
“Allah itu dahulu seperti Ia sekarang jua tanpa sekutu, dan Ia sekarang seperti Ia dahulu jua”.
Fahamilah ini, dan anda tidak akan dibebankan lagi dengan penafian, dan tidak ada yang tinggal bagi anda lagi melainkan pengisbatan agar apabila anda berkata anda akan berkata; “Allah, Allah, Allah”. Tetapi kini hati anda dibebankan dan pandangannya lemah. Semenjak anda dijadikan anda hanya berkata; La-ilaha…….. tetapi bilakah penafian itu akan berkesan?. Bahkan ia tidak berkesan kerana penafian itu hanya dengan lidah sahaja. Jika anda nafikan dengan Akal iaitu dengan Hati anda dan rahsia anda yang paling dalam, maka seluruh alam ini akan lenyap dari pandangan anda dan anda akan lihat Allah sendiri, bukannya diri anda sendiri dan juga makhluk-makhluk lain. Kaum Sufi menafikan wujud yang lain kecuali Allah. Maka mereka mencapai kedamaian dan kerehatan dan terus memasuki KalamNya. Mereka tidak akan keluar lagi. Tetapi penafian anda tidak ada langsung hujungnya…………
Ghirullah(selain Allah) tidak akan lenyap dengan hanya mengatakan “tidak” dengan lidah sahaja; dan belum sempurna juga lagi dengan mata keimanan dan keyakinan, tetapi akan lenyap dengan pandangan secara langsung dan berhadapan muka.
“Sesungguhnya Allah itulah matlamat anda yang terakhir” (Al-Qur’an).
Dialah sumber segala-galanya. Maka anda tidak perlu lagi nafi dan tidak perlu isbat. Ini adalah kerana Yang Wajib itu telah memangnya isbat walaupun belum anda isbatkan, dan yang ghairullah itu sememangnya nafi walaupun sebelum anda nafikan.
Tidakkah anda ingin menemui guru yang dapat mengajar anda bagaimana menafikan ghairullah dan membawa anda kepada kedamaian di mana anda dapati tidak ada yang lain kecuali Allah?. Maka barulah anda hidup dengan Allah dan dapat menjadi penghuni “Dalam tempat tinggal orang-orang yang ikhlas di Majlis Tuhan Yang Maha Agung”, dan ini adalah semuanya hasil daripada ingat anda dan makrifat anda bahawa “Tiada Tuhan selain Allah”.
Anda tahu kata-kata Syahadah itu sahaja dan yang paling dalam yang anda tahu ialah berkata; “Tidak ada yang patut disembah melainkan Allah”. Ini adalah pengetahuan orang-orang awam(biasa) tetapi apakah kaitannya dengan pengetahuan atau ilmu orang-orang Sufi?.
Pengetahuan anda yang sekarang itulah yang menghalang anda memahami pengetahuan orang-orang pilihan(Sufi). Masihkan anda menafikan pengetahuan yang didapati dari bimbingan guru menuju Hakikat, padahal mereka yang dipimpin itu memandang tidak yang wujud kecuali Allah? Mereka bukan sahaja mengenal Allah dengan Iman dan keyakinan saja, tetapi mereka memandang dengan cara pandangan yang terus tanpa halangan. Omong kosong tidak sama dengan melihat, bertemu muka.
Peringatan: Dipetik dari blog http://jalanakhirat.wordpress.com/2012/09/29/hakikat-dua-kalimah-syahadah/

HIKMAH WUDHU ...



Berikut ini adalah hikmah yang dapat kita peroleh dari wudhu seperti yang diuraikan Imam Al-Ghazali dalam bukunya "Ihya Ulumuddin".
Banyak di antara kita yang tidak sadar akan hakikat bahwa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai h
ikmah tersendiri.

1. Ketika berkumur, kita berdo'a, "Ya Allah ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan : Sehari-hari kita bercakap-cakap mengenai benda-benda yang tak berfaidah.

2. Ketika membasuh muka, kita berdo'a, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan mukaku ini".
Penjelasan : Muka para ahli surga putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, kita berdo'a, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini" 
Penjelasan : Hisab-hisab ahli surga diberikan di tangan kanannya.

4. Ketika membasuh tangan kiri, kita berdo'a, "Ya Allah, janganlah Kauberikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini". 
Penjelasan : Hisab-hisab ahli neraka diberikan di tangan kirinya

5. Ketika membasuh kepala, kita berdo'a, "Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di Padang Ma'syar dengan Arasy-Mu" 
Penjelasan : Panas di Padang Masyar seperti matahari sejengkal diatas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, kita berdo'a, "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini".
Penjelasan : Sehari-hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah, dan mendengar lagu-lagu berunsur maksiat.

7. Ketika membasuh kaki kanan, kita berdo'a, "Ya Allah, permudahlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". 
Penjelasan : Ahli surga melintasi titian dengan mudah sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, kita berdo'a, "Ya Allah, bawalahaku pergi ke masjid-masjid, surau-surau, dan bukan tempat-tempat maksiat"

Pabila Ku Mati


‎"Nanti, apabila aku mati, mandikanlah aku dengan rasa kasih seperti engkau mandikan bayi yang baru lahir. berikanlah hak kepada yg diutamakan untuk memandikan tubuhku dan tutuplah segala aibku ketika mandi. kafankanlah aku dengan jubahku yg putih dan yg terbaik yg pernah aku pakai. solatkanlah aku dengan 3 baris saf dan sebaik2 mereka yg menjadi imam solat jenazahku adalah warisku atau org2 soleh di kalangan kamu. tanamlah aku di kuburan tempat yang terdekat dengan tempat rohku diambil. letaklah batu sungai sebagai penanda kubur dan bukannya batu nisan, kerana moga aku dapat menumpang rahmat Allah dari zikirnya batu yg hidup itu.

Tanamkanlah pokok kecil di atas kuburku moga aku dapat tumpang rahmat Allah dari zikir dari pokok itu sebelum ia mati. jangan engkau bina bangunan atau perhiasan di atas kuburku. tuangkanlah air pada kuburku setelah selesai aku ditanam, moga tanah2 atas kuburanku akan lebih kemas. apabila menziarahiku, jangan engkau tuang air di atas kuburku selain engkau tuangkan air kepada pokok di atas kuburku itu agar terus hidup berzikir pada Allah. doakanlah kesejahteraan buatku kerana kubur itu suatu tempat tinggal yg menggerunkan bagi semua yg tidak mengetahui nasibnya.

Akhir kata, moga bertemu kita di alam akhirat yg menggerunkan, segala amalan ditunjukkan, segala pekerjaan dihitungkan, dan moga aku dan engkau dipertemukan dengan baginda Nabi s.a.w dan moga kita dapat bersama kembali hidup sejahtera di sana. Wahai Allah, kami berlindung dengan api nerakaMu.."

Selasa, 26 Februari 2013

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.

 "Wahai manusia,
dengarlah baik-baik apa yang
hendak kukatakan, Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat
bertemu lagi dengan kamu semua
selepas tahun ini. Oleh itu
dengarlah dengan telti kata-
kataku ini dan sampaikanlah ia
kepada orang-orang yang tidak
dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana
kamu menganggap bulan ini dan
Kota ini sebagai suci, maka
anggaplah jiwa dan harta setiap
orang Muslim sebagai amanah
suci.Kembalikan harta yang
diamanahkan kepada kamu
kepada pemiliknya yang
berhak.Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain tidak
menyakiti kami lagi. Ingatlah
bahawa sesungguhnya, kamu
akan menemui Tuhan kamu dan
Dia pasti membuat perhitungan
diatas segala amalan kamu. Allah
telah mengharamkan riba, oleh
itu segala urusan yang
melibatkan riba dibatalkan
sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan
demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam
perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikuti dalam perkara-
perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana
kamu mempunyai hak atas isteri
kamu mereka juga mempunyai
hak di atas kamu. Sekiranya
mereka menyempurnakan hak
mereka keatas kamu, maka
mereka, juga berhak untuk
diberi makan dan pakaian dalam
Susana kasih sayang. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik
dan berlemah-lembutlah
terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah
teman dan pembantu kamu yang
setia. Dan hak kamu atas mereka
ialah mereka sama sekali tidak
boleh memasukkan orang yang
kamu tidak sukai kedalam rumah
kamu dan dilarang melakukan
zina.

Wahai Manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-
kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah sembahyang lima kali
sehari, berpuasalah di bulan
Ramadhan, dan tunaikankanlah
zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya
kamu mampu. Ketahui bahawa
setiap Muslim adalah saudara
kepada Muslim yang lain. Kamu
semua adalah sama; tidak
seorang pun yang lebih mulia dari
yang lainnya kecuali dalam Taqwa
dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan
menghadap Allah pada suatu hari
untuk dipertanggung jawabkan
diatas segala apa yang telah
kamu kerjakan. Oleh itu ,
Awasilah agar jangan sekali-kali
kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi
Nabi atau Rasul yang akan
datang selepasku dan tidak akan
ada lain agama baru. Oleh itu
wahai manusia, nilailah dengan
betul dan fahamilah kata-kataku
yang telah aku sampaikan
kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua
perkara yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti
kedua-duanya, necaya kamu
tidak akan tersesat selama-
lamanya. Itulah ALQURAN dan
SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku,
menyampaikan pula kepada
orang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari
mereka yang terus mendengar
dariku. Saksikanlah Ya Allah,
bahawasanya telah aku
sampaikan risalahMu kepada
hamba-hambaMU.

Ahad, 24 Februari 2013

Orang kafir bertanya, dan orang muslim menjawab


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Orang Kafir Bertanya, Muslim Menjawab.
Islam telah sempurna sewaktu Nabi Muhammad ﷺ wafat. Maka, sudah pasti semua persoalan dan keraguan tentang Islam, mempunyai jawapannya. Hanya ilmu di dada orang Islam itu sendiri sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam.

Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.
.
.

Lima Belas Persoalan

.
Berikut dikemukakan 15 persoalan yang biasa ditanya oleh orang-orang bukan Islam secara spontan kepada orang Muslim. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu menjawab persoalan tersebut.
.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad  disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad  hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad, sebab itu nama Nabi Muhammad  jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad  tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
.
2) Nama Nabi Isa lebih banyak disebut daripada nama Nabi Muhammad dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Dalam Al-Quran walaupun nama Nabi Muhammad  cuma 25 kali disebut secara nyata tetapi sebenarnya terdapat 201 nama panggilan lain disebutkan; lihat artikel terdahulu ‘Nama-nama Rasulullah SAW’ (sila klik di sini..) antaranya ialah Mustofha, Yasin dan Toha. Allah سبحانه وتعالى tidak sesekali mengenepikan kehebatan RasulNya. Allah lebih Maha Mengetahui.
.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad  wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata, “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)
.
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad  adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad  adalah nabi terakhir menerima dan pelengkap Kitab Wahyu dari langit. Nabi Muhammad  juga yang terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung. Nabi Isa as diturunkan semula sebelum Qiamat nanti hanyalah untuk membetulkan umatnya yang telah jauh terpesong.
Jubair bin Mut’im berkata; Nabi Muhammad  pernah bersabda: “Daku adalah Muhammad, daku adalah Ahmad dan al-Mahi (penghapus) yang dengannya Allah SWT menghapuskankekufuran. Daku adalah al-Hasyir (pengumpul) yang dengan jejakku Allah SWTmengumpulkan umat manusia. Daku adalah al-A’qib (penyudah) kerana tidak ada nabi lagi selepasku.  (Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِندَ اللَّـهِ كَمَثَلِ آدَمَ ۖ خَلَقَهُ مِن تُرَ‌ابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُن فَيَكُونُ ﴿٥٩

“Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.” (Surah Al-Imran, ayat-59)
.
6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah سبحانه وتعالى, KerajaanNya dan KeagunganNya’.  KerajaanNya ini termasuklah para Malaikat yang sentiasa mentaati suruhanNya.
Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau turut menggunakan kata ‘We’ bukannya ‘I’?
.
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku? Sekarang ini bukankah ramai orang Sikh yang potong rambut pendek? Dan mengapakah mereka itu tidak menyimpan anugerah tuhan?
.
8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.
.
9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?
.
10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
.
11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi janganlah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.
.
12) Bukankah babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah سبحانه وتعالى adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah  سبحانه وتعالى. Nak jadi kanibal? Sebenarnya kinzir adalah binatang yang paling banyak menyimpan virus dan bakteria di dunia ini. Lihat saja virus nipah dari binatang ini yang telah mengorbankan banyak nyawa.
.
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah سبحانه وتعالى, binaan Kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan dan menggantikan kelambu Kaabah. Orang Hindu tak akan pijak berhala mahupun gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah.
Sekiranya terjadi 4 buah helikopter mengangkat bangunan Kaabah di Makkah ke Dataran Merdeka sekalipun, orang Islam tetap akan solat menghadap ke tapak asal Kaabah di Makkah kerana di situ tetap Kiblat Umat Islam menyembah Allah سبحانه وتعالى. Bukan sembah binaan Kaabah!
.
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad ? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad ﷺ diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad ﷺ diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman. Ajarannya sentiasa dan tetap releven sejak dari lebih 1400 tahun dahulu sehingga hari Qiamat nanti.
.
15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
Tidak semestinya yang tidak nampak itu tiada. Sekiranya kita berdiri di tempat tinggi atau lapang, Bukit Broga contohnya, tiada apa di sekeliling hanya saujana mata memandang. Tentu kita berasa nyaman dan berangin. Adakah kita nampak angin tersebut? Tentu tidak!
Kemudian kita ambil pula contoh gula atau garam dan dilarutkan ke dalam segelas air jernih. Adakah kita nampak manis dan masin air tersebut?  Cuba terangkan bagaimanakah rupanya!
Manis dan masin itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita boleh melihatnya? Begitu juga dengan kewujudan Allah سبحانه وتعالى.. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah سبحانه وتعالى.
.
Semoga bermanfaat perkongsian ini….

وَالسَّلاَمْ


Peringatan: Dipetik dari blog http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/02/22/orang-kafir-bertanya-muslim-menjawab/

Duhai Si Tudung Labuh


gambar adalah hiasan semata-mata



Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!

Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.

Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!,
Bertudung labuh hodoh!,
Bertudung labuh ketinggalan zaman!.

Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!.
Stereotapsi sana sini!,
Teruskanlah!, 
mereka hanya ikhlas kerana Allah!.

Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!,
Dikala teriknya matahari!,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!.

Perlilah mereka!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.

Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai mereka yang bertudung labuh,
Jagalah akhlak mu! jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!,
Kembalinya pun asing!,
Beruntunglah kau saat kau diasingkan!,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!,
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji….


Peringatan: Dipetik dari blog http://www.salehsalmie.com/islamik-2/pendidikan/duhai-si-tudung-labuh/

Solat Sunat Dhuha


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
Peringatan: Di petik dari blog http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-dhuha/

Fadilat Istighfar


asslamualaikum dan salam sejahtera… sedikit renungan ditengah malam sebelum tidur sebagai rehat, persediaan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah bermula dengan solat subuh berjemaah. Tajuknya istighfar.

STIGHFAR menjadikan hati lapang..
Dah berapa kali kita beristighfar hari ini? Kita digalakkan istighfar 100x pagi selepas subuh dan 100x selepas asar. Kita juga digalakkan baca istighfar nabi Allah Yunus a.s. semasa dalam perut ikan nun sebanyak 300x sehari. Kenapa ye? Cuba renung-renungkan  hadis dibawah:
Sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam,”Barang siapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kelapangan dari segala kegundahan serta Allah akan memberikan rizki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka.” (HR. Ahmad Abu Daud dan Hakim dia berkata : Shahih sanadnya. )
Seperti yang saya katakan sebelum ini, tidak ada kebijaksanaan yang lebih daripada perancangan yang baik. Kalau kira 1 hari 500x istighfar kita baca. Subhanallah, tapi ada sahabat nabi besar Muhammad s.a.w. yang tidur hanya setelah istighfar 1000x, yang mana beliau ada tali yang mempunyai 1000x simpulan untuk dia beristighfar. Jadi untuk banyak istighfar kita mulakan dengan sedikit tetapi berterusan, contohnya mulakan dengan 10x setiap hari selepas asar dan subuh. Bulan depan tambah lagi 10 maka insyaAllah dalam masa 1 tahun dah dapat istigfar 100x selepas subuh dan 100x selepas asar.
Siapa yang untung, mereka yang mengamalkannya. Semoga dengan saya menulis perkara ini saya dapat taufik hidayah untuk istigamah beristighfar setiap hari. Untuk mendapat taufik dan kekuatan untuk beramal, beberapa perkara perlu kita buat:
  1. Beritahu orang lain/ sampaikan fadhilat istighfar dengan niat supaya saya dapat amal.
  2. Niat untuk beramal dengannya.
  3. Ajak orang lain beristighfar.
  4. Doa supaya Allah beri kita dan orang lain juga untuk istighfar.
Bila selesai buat amal baik, kita istighfar tanda Allah nak terima amal kita, selepas buat keburukan dan kita istighfar, tanda Allah nak ampunkan kita. Semoga perkara ini dapat jadi amalan dan saya dapat berkongsi sunnah-sunnah yang bermanafaat untuk kita amalkan. wassalam.

Peringatan: di dpetik dari blog http://www.salehsalmie.com/islamik-2/bekalan-akhirat/fadhilat-istighfar/

Motivasi Istighfar


Istighfar atau lafaz ( أستغفرالله ) amat diperlukan oleh setiap mukmin. Betapa tidak? Setiap hari, setiap waktu tidak ada seorang pun daripada kalangan kita yang terlepas daripada melakukan dosa, sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja, sedar atau tanpa sedar. Dosa adalah racun yang paling berbahaya, yang menyebabkan hati menjadi buta atau rosak binasa. Apabila hati buta atau rosak binasa, ia merupakan kebinasaan dan kematian yang hakiki bagi anak Adam. Firman Allah taala bermaksud:

“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.”
(Al-Hajj:46)
Firman-Nya lagi maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan.”
(Al-Anfal24)
Menurut Ibn Kathir, maksud ‘perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup’ di sini ialah Islam selepas hati mereka mati disebabkan kekufuran sebelumnya. Al-Quranlah yang menyelamatkan mereka dan menjadikan mereka hidup kekal.
Untuk lebih memahami berbahayanya dosa kepada anak Adam, teliti maksud hadis berikut:
“Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila melakukan satu dosa, terpalitlah satu titik hitam di hatinya. Sekiranya dia bertaubat, hatinya bersih semula. Jika dia tidak bertaubat, titik hitam itu akan bertambah setiap kali dia menambah dosanya. Itulah maksud firman Allah, “Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”
(Al-Muatoffifin:14)
Justeru, cara terbaik untuk selamat daripada kebinasaan adalah dengan bertaubat dan beristghfar. Nabi sallallahu alaihi wasallam pernah menggambarkan Allah sangat suka hamba-Nya bertaubat lebih daripada kegembiraan seorang pengembara yang menemui semula kenderaannya yang hilang di tengah-tengah padang pasir yang luas saujana. (Maksud hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menunjukkan contoh yang amat praktikal apabila baginda sendiri yang tidak melakukan dosa beristighfar tidak kurang daripada 70 kali sehali. (Riwayat al-Bukhari).
Selain daripada dapat menghapuskan dosa, istighfar juga mengundang pelbagai kelebihan serta kebaikan yang sangat diperlukan oleh kita semua. Antaranya:
1. Menenang hati dan jiwa serta menjadikan hidup lebih bahagia. Firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (daripada perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepada-Nya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) pahala kelebihannya itu...” (Hud:3)
2. Mendapat zuriat serta rezeki yang melimpah ruah. Allah berfirman maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu; Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Nuh: 10, 11, 12)
3. Memperoleh kekuatan dan kesihatan tubuh badan serta terpelihara daripada penyakit kronik sebagaimana terdapat di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!” (Hud: 52)
4. Mengelak bencana serta kemurkaan Allah Yang Esa. Allah berfirman maksudnya: “Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal: 33)
Bertitik tolak daripada ayat-ayat dan hadis-hadis di atas, para ulama salaf as-soleh menjadikan istighfar sebagai budaya hidup seharian mereka terutama ketika berhadapan dengan kesukaran dan cabaran dalam kehidupan. Umpamanya Imam Ibn Taimiyyah pernah berkata, “Kadang-kadang aku buntu memikirkan sesuatu masalah dan tidak menemui jalan penyelesaiannya. Lalu aku beristighfar 1000 kali sehingga dadaku menjadi lapang dan masalah yang aku hadapi terungkai. Hal itu terjadi tidak mengira tempat, kadang-kadang ketika aku berada di pasar, di masjid atau di sekolah. Semua itu tidak menghalang aku daripada berzikir dan beristighfar sehingga tercapai apa yang aku hajati.”
Al-Hasan al-Basriy pula berkata, “Banyakkanlah beristighfar di rumah-rumah kamu, di tempat-tempat hidangan kamu, di jalan-jalan kamu, di pasar-pasar kamu dan di tempat-tempat duduk kamu. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui bilakah keampunan akan turun ke pangkuan kamu.”
Peringatan: Di petik dari blog http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/kolumnis/ustazah-maznah-daud/663