
Apapun nikmat kurniaan Mu
Untuk kesenangan hidup ku di dunia
Persembahkanlah pada musuh-musuhMu
Begitu juga nikmat kurniaan Mu
Untuk kehidupan ku di akhirat nanti
Berikanlah pada sahabat-sahabat seperjuanganku
Ya Allah Yang Maha Pengasih
Cukuplah Engkau buat pelindungku
Cukuplah Engkau tempat ku bergantung
Cukuplah Engkau untuk mengadu kasih
Cukuplah Engkau buat ku segala-galanya
Ya Allah cukuplah hanya cinta dan redhaMu
Kerana itulah yang ku cari selama hidupku di dunia
Ya Allah Yang Maha Pengampun
Jangan Kau tarik nikmat cinta itu dari ku
Dengan kekuatan cinta itu akan ku bersungguh-sungguh
Mencari bekalan untuk kehidupan di akhirat
Walau terpaksa ku korban harta, masa, jiwa dan segalanya
Untuk bertemu dengan Mu Ya Allah
Kerana hanya jalan itu yang Kau redhai
Ya Allah
Jika sujudku padaMu kerana takut akan neraka
Jadikanlah aku bahan bakar apinya
Jika ku sujud padaMu kerana mendambakan syurga
Tutuplah bagiku pintu syurga itu
Akan tetapi, jika sujudku demi Engkau semata-mata
Janganlah Kau palingkan wajahMu dari ku
Tempatkanlah aku di tempat yang tinggi darjatnya di sisi Mu
Ya Rabbi
Sesungguhnya Aku takut dan gentar bertemu Mu Ya Allah
Di saat hari perhitungan yang akan menentu segalanya
Aku tahu bahawa aku masih tidak terdaya
Memikul amanah Mu di dunia yang fana
Namun aku tetap berusaha mengikis segala
Kezaliman, kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Mu
Aku tidak mahu kalah dengan nafsu dan amarah
Aku juga tidak mahu kalah dengan tumbuh-tumbahan
Yang tidak pernah berhenti berzikir ke atas Mu
Ya Allah berilah aku kekuatan dan kesabaran
Dalam merintangi hidup menggapai redhaMu Ya Ilahi
Perhatian!! Di petik dari blog http://menantidisyurga.blogspot.com/2011/03/puisi-menggapai-redha-ilahi.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan